No posts.
No posts.

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA
Pemandangan indah dirakamkan dari Rumah Rehat Kuala Kangsar. Sungai Perak yang luas.

BANDAR DIRAJA - KUALA KANGSAR

BANDAR DIRAJA - KUALA KANGSAR
jam besar...salah satu daripada mercu tanda. di sebelah kanan jam, adalah bangunan pejabat pos kuala kangsar. banjir tahun 1969, air mencecah sehingga ke paras di tengah-tengah 3 lubang(segi empat) udara jam besar tersebut.

Kawasan Kuala Kangsar Resort sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan dan sebagainya.

Kawasan Kuala Kangsar Resort sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan dan sebagainya.

KUALA KANGSAR INDAH

KUALA KANGSAR INDAH
laluan pejalan kaki. dihiasi indah. lanskap yang cantik. jaln ini dikenali juga jalan tebing, iaitu menghala ke sungai perak.

SEK.MEN.RAJA MUDA MUSA, KUALA KANGSAR

SEK.MEN.RAJA MUDA MUSA, KUALA KANGSAR
pemandangan dari luar, sekolah menengah raja muda musa. teringat semasa bersekolah di sini dari 'remove class' sehingga tingkatan 3. saya masih ingat, bangunan di belakang papan tanda sekolah itu adalah kelas saya ditempatkan semasa mula-mula masuk di kelas peralihan. pengetuanya ialah mr jagir singh. guru kelas saya pula ialah mr chew dan diikuti mr chan. di sini juga saya menghafal 'poem' dan mengenali buku bertajuk 'oliver twist' penulisnya ialah charles dicken.

PINTU MASUK KE SEKOLAH MEN RAJA MUDA MUSA.

PINTU MASUK KE SEKOLAH MEN RAJA MUDA MUSA.
inilah wajah terkini yang terdapat pada pintu gerbang sekolah menengah di mana saya bersekolah dahulu 1969-1972. saya hanya berbasikal sahaja ketika bersekolah di sini. jaraknya kira-kira 8km daripada rumah. kadang-kadang naik bas.

PEKAN KECIL - KARAI

PEKAN KECIL - KARAI
pemandangan pekan karai terkini.

SEK.KEB. KARAI

SEK.KEB. KARAI
bangunan tambahan sk karai. aslnya kawasan ini adalah padang bola sepak. semasa darjah empat(tahun 1966), saya masih ingat lagi kawasan ini hanya padang bola sepak dan sambutan sukan.tinggal kenangan!

SEK.KEB.KARAI,ENGGOR, PERAK.

SEK.KEB.KARAI,ENGGOR, PERAK.
ini hanyalah pintu masuk ke sk karai. kawasan ini semasa saya bersekolah dahulu hanyalah hanya di sudut padang bola sepak sahaja.

SEBUAH JAMBATAN UNTUK DWI-GUNA

SEBUAH JAMBATAN UNTUK DWI-GUNA
jambatan ini digunakan oleh KTMB laluan kereta api menyeberangi sungai perak. saya menggunakan jambatan ini setiap hari untuk ke sekolah rendah pada tahun 1962-1968. jambatan ini diberi nama 'jambatan victoria'. sebelah sini karai dan hujung sana jambatan dinamakan kampung seberang karai. jambatan ini masih kukuh dan masih digunakan oleh penduduk sekitarnya.

Dataran Vespa Salah Sebuah Lokasi Yang Terdapat Di Kuala Kangsar

Dataran Vespa Salah Sebuah Lokasi Yang Terdapat Di Kuala Kangsar

Jam Besar Salah Satu Mercu Tanda Bandar Kuala Kangsar

Jam Besar Salah Satu Mercu Tanda Bandar Kuala Kangsar

RUMAH TEMPAT SAYA DILAHIRKAN

RUMAH TEMPAT SAYA DILAHIRKAN
inilah gambar terbaru rumah tempat saya dilahirkan setengah abad yang lalu. lebih tepat lagi bangunan berdinding tepas itulah sebenarnya.